Sumber Manusia | Pelaksanaan gaji minimum telah diwartakan

2022-04-28 1

Gaji minimum 1,500 ringgit berkuat kuasa 1 Mei ini telah diwartakan pada Rabu.

Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 27 April 2022 itu dikeluarkan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan dan disiarkan di laman web rasmi Pejabat Peguam Negara padu Khamis.

Dokumen pewartaan itu bertajuk Perintah Gaji Minimum 2022 mengikut Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.